BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Abang Jo saksikan sumbangan kepada balu staff Saberkas


KUCHING: Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan daripada Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada balu Allahyarham Mohamad Hussein Ali, iaitu isterinya Selina  Hamdi di pejabatnya Wisma Bapa Malaysia, tengahari ini tadi. 


Allahyarham Mohamad Hussien bin Ali, 56 berkhidmat sebagai Penolong Unit Pengurusan Korporat (Perhubungan Awam) di Saberkas Negeri Sarawak meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada bulan Mei yang lepas akibat masalah buah pinggang. 

SABERKAS diwakili oleh Setiausaha Agung SABERKAS, Adun Daro Safiee Ahmad telah menyampaikan sumbangan atau cek yang berjumlah RM 27, 222.40 manakala pihak PERKESO menyampaikan sumbangan atau cek yang  berjumlah RM2, 000 (Faedah Pengurusan Mayat) kepada balu Allahyarham Mohamad Hussein Ali. 

Selain Faedah Pengurusan Mayat, Selina Hamdi telah menerima Faedah Pencen Penakat berupa bayaran faedah pencen bulanan seumur hidup dan bayaran faedah kepada anak sehingga umur 21 tahun.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »