BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

8 penyamun ditangkap PDRM

SUNGAI BULOH, 17 Julai (Bernama)-- Kegiatan licik ‘Geng Karu’ yang aktif melakukan kegiatan samun dan pecah rumah sejak awal tahun lepas berakhir semalam setelah polis menahan lapan ahlinya termasuk tiga wanita dan seorang remaja dalam beberapa operasi di sekitar Selangor.

Ketua polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata kesemua suspek yang berusia 15 hingga 37 tahun itu ditahan di beberapa lokasi, antaranya Bandar Sri Damansara, Taman Datuk Ahmad Razali di Ampang, Jalan Bunga Tanjung dan Seksyen 26 di Shah Alam serta rumah kusta Hospital Sungai Buloh dalam operasi yang bermula Jumaat lepas hingga semalam.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek mempunyai perhubungan kekeluargaan serta persahabatan, dan mereka diketuai oleh seorang lelaki sebagai Karu, berusia 25 tahun,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Menurutnya siasatan juga mendapati kumpulan itu menyasarkan rumah serta flat selain samun tepi jalan dan hasil kegiatan jenayah dijual di kedai pajak gadai, orang perseorangan selain turut digunakan sendiri.
Shafa’aton berkata enam daripada suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan samun, pecah rumah dan dadah.

"Seorang daripada mereka mempunyai 15 rekod jenayah lampau termasuk dua kali ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959," katanya, menambah kesemua suspek direman sehingga esok dan kes disiasat menurut Seksyen 395 dan Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membabitkan jenayah samun dan pecah rumah.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »