BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

53 motosikal, lapan kereta hangus terbakar di PPR Gombak Setia - Bomba

KUALA LUMPUR, 6 Julai -- Sebanyak 53 motosikal dan lapan kereta yang diletakkan di kawasan parkir di sebuah blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Perumahan Bandaraya Gombak Setia musnah dalam satu kebakaran, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba Zaid Zainal berkata empat jentera bersama 24 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Gombak Selatan dan Setapak dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.05 pagi. 

"Pasukan bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada terus merebak sebelum berjaya memadamkan api sepenuhnya pada 5.47 pagi," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata 53 motosikal itu musnah 100 peratus manakala lapan kereta terbakar antara 60 hingga 80 peratus. 

Menurutnya, tiada mangsa dalam kebakaran itu dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »