BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

43 saman dikeluarkan Op Mabuk


PADAWAN: Polis Padawan mengeluarkan 43 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan menerusi Op Mabuk semalam.

Seramai empat pemandu positif menjalani ujian saringan nafas SD2 dan dua pemandu positif hasil ujian pernafasan dengan menggunakan Evidential Breath Analyzer (EBA) II dalam operasi tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Lim Jaw Shyong berkata, pihaknya telah mengambil tindakan proaktif bagi membendung pekara ini dengan mempergiatkan operasi sekatan jalan raya dikenali sebagai Op Mabuk. 

"Sebelum ini, Op Mabuk diadakan secara berkala namun demikian operasi ini akan diadakan setiap minggu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang awam supaya mematuhi undang-undang jalan raya terutama untuk tidak memandu kenderaan selepas mengambil minuman beralkohol," katanya menerusi kenyataan. 
Operasi mabuk dijalankan di jalan Batu Kawa (MJC) mulai jam 10 malam hingga 2 pagi dengan kekuatan Pegawai Kanan, Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Padawan bersama  8 Pegawai Rendah Polis dari Bahagian Trafik  IPD Padawan.

Jaw Syong berkata, seramai 13 pemandu ditahan kerana memandu dibawah pengaruh alkohol atau mabuk dalam operasi sepanjang enam bulan pertama tahun ini.
Katanya, daripada jumlah tersebut seramai 5 orang telah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman serta yang selebihnya masih menunggu tarikh pertuduhan. 

"Setiap pemandu yang ditahan kerana memandu dibawah pengaruh alkohol ini akan ditahan dan disiasat dibawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih daripada RM 6000.00 dan boleh dipenjara tidak lebih daripada 12 bulan jika didapati bersalah," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »