BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

35,000 pemandu bas sekolah dapat bantuan khas RM600


KUALA LUMPUR (Bernama)-- Seramai 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas berjumlah RM600 setiap seorang, demikian diumumkan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata bantuan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM21 juta iaitu sebahagian daripada inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 27 Mac lalu sebagai usaha kerajaan berdepan krisis ekonomi dan sosial akibat pandemik COVID-19.

”Bantuan ini akan diberikan kepada pemandu bas sekolah yang memegang lesen memandu sah dan memandu kenderaan daripada pengendali bas berdaftar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kaedah pembayaran bantuan itu akan diumumkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) iaitu agensi di bawah kementerian itu yang bertanggungjawab menyalurkan bantuan tersebut.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »