BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

3 kes hari ini, 10 kes tempoh 9 hari

KUCHING: Sarawak merekodkan 10 kes positif COVID-19 dalam tempoh sembilan hari.

Tiga kes terbaharu positif COVID-19 dilaporkan hari inui iaitu masing-masing dua kes Daerah Kuching dan Daerah Samarahan satu kes.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif 
COVID-19 di Sarawak setakat hari ini sebanyak 583 kes. 

Menurutnya, ketiga-tiga kes ini adalah jangkitan tempatan kerana tiada sejarah 
perjalanan melawat atau balik ke luar negara.

"Ketiga-tiga kes masih dalam 
siasatan lanjut. Pengesanan kontak rapat yang melibatkan ahli keluarga dan 
tempat kerja kes juga masih dan sedang giat dilakukan," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, kes pertama iaitu kes Ke-581 merupakan seorang lelaki bukan 
warganegara yang bekerja sebagai Jurutera Projek di sebuah syarikat 
tempatan di Kuching.

Beliau telah mengalami sakit tekak mulai 12 Julai dan telah menjalani saringan swab rT-PCR untuk COVID-19 di Hospital 
Swasta pada 14 Julai 2020 dan keputusan ujian makmal mendapati swab
nasopharyngeal dan oropharyngeal adalah positif untuk COVID-19 pada hari 
yang sama.

"Kes kedua iaitu kes ke-582 merupakan seorang Petugas Kesihatan yang 
bertugas di sebuah Hospital Swasta di Kuching.

"Beliau tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Beliau telah menjalani saringan swab rT-PCR untuk COVID-19 di Hospital Swasta pada 14 Julai 2020 dan keputusan ujian makmal mendapati swab nasopharyngeal dan oropharyngeal adalah positif untuk COVID-19 pada hari yang sama," katanya.

Uggah berkata, kes ketiga iaitu kes ke-583 merupakan seorang lelaki warga 
tempatan yang menetap di Kota Samarahan dan bekerja sebagai Jurutera di sebuah syarikat tempatan yang sama dengan kes ke-581.

Beliau juga tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala semasa menjalankan saringan di Hospital Swasta.

"Saringan swab rT-PCR untuk COVID-19 dijalankan pada 14 Julai 2020 mendapati swab nasopharyngeal dan oropharyngeal adalah positif untuk COVID-19 pada hari yang sama," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »