BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

10 individu merokok didenda


SARIKEI:  Operasi Bersepadu Tembakau berjaya mengeluarkan notis kepada seramai 10 individu ingkar merokok di premis restoran dan kedai makanan.

Mereka dikenakan notis di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 kerana merokok di premis makanan.

Operasi melibatkan seramai 49 anggota penguat kuasa pelbagai agensi terdiri daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, PKB Sarikei, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Sarikei dan anggota RELA. 

Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri Sarawak, Billy Bujang berkata, pihaknya mengadakan pemeriksaan terhadap 44 buah premis sempena operasi bersepadu Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 yang bermula dari jam 10 pagi hingga 12.30 petang di lokasi berkenaan. 

"Sebanyak 11 notis telah dikeluarkan kepada 10 individu atas kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 dan satu lagi kepada pemilik premis di bawah Peraturan 12(1)(a) kerana gagal mempamerkan papan tanda 'Dilarang Merokok'.

"Kedua-dua kesalahan dikenakan kompaun RM250 atau diambil tindakan mahkamah sekiranya gagal membayar kompaun," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau menegaskan, larangan merokok di tempat makan sentiasa berkuat kuasa di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Dalam pada itu katanya, pihaknya juga memberi amaran keras kepada lima premis perniagaan menyediakan bahan pencuci dan disinfektan sebagai pensanitasi tangan tanpa sinki dan pili air. 

"Jika premis gagal mengikuti arahan, premis berkenaan akan diarahkan untuk ditutup selama tujuh hari.

"Kami mengambil tindakan yang boleh membahayakan kesihatan orang lain kerana kandungan bahan kimia yang terdapat pada bahan pencuci terbabit," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »