BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Yayasan Sabah fail tuntutan RM872 juta daripada Musa Aman



KOTA KINABALU, 19 Jun (Bernama) -- Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah memfailkan tuntutan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bagi menuntut RM872 juta dipercayai hak milik Yayasan Sabah yang hilang disebabkan perjanjian aktiviti pembalakan yang meragukan.

Pengarah Yayasan Sabah Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata tuntutan itu telah difailkan melalui sistem e-filing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 16 Jun lepas.

“Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah mempunyai sebab-sebab kukuh untuk mempercayai bahawa Tan Sri Musa Aman menggunakan jawatannya untuk mengarah anak syarikat Yayasan Sabah iaitu Rakyat Berjaya Sdn Bhd bagi tujuan perniagaan balak.

“Dalam tuntutan mahkamah itu, kami telah menamakan beberapa penerima dan transaksi melibatkan wang dalam beberapa akaun luar pesisir yang kami tuntut melalui proses perundangan,” katanya dalam sidang media mengenai perkara itu di sini, hari ini.

Turut hadir peguam yang mewakili Yayasan Sabah Datuk Douglas Lind.

Yayasan Sabah yang merupakan pemegang konsesi pembalakan terbesar di negeri ini, ditubuhkan pada 1966 bagi menjaga kebajikan sosioekonomi rakyat Sabah serta membantu pembangunan pendidikan negeri.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »