BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga tempatan tidak perlu ujian PCR masuk Sarawak

PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Orang ramai kini boleh memasuki Sarawak seperti biasa tanpa perlu memohon kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, bagi pergerakan rentas negeri dan menjalani ujian saringan COVID-19 (PCR) sebelum berlepas ke negeri itu.
Kebenaran itu adalah untuk rakyat Malaysia sahaja, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Namun mereka perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk memuat turun aplikasi MySejahtera dan mengisi borang deklarasi kesihatan.

“Sampel PCR juga akan diambil secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri (udara, darat dan laut), dan mereka dinasihat memuat turun aplikasi ‘COVID Trace Sarawak’ dan ‘Qmunity’,” katanya pada sidang media harian hari ini.

Pergerakan rentas negeri ke Sarawak dari Semenanjung, Sabah dan Labuan, sebelum ini perlu mendapat kebenaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, selain mengambil sampel PCR bagi membendung penularan wabak COVID-19.
--BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »