BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas sesak nafas hidu asap dalam kebakaran di RPR Batu Kawa

KUCHING:Seorang warga emas mengalami sesak nafas kerana terhidu asap dalam kebakaran membabitkan empat buah rumah di Rancangan Perumahan Rakyat(RPR) Batu Kawa,di sini,petang ini.

Wanita terbabit telah dikejarkan oleh unit EMRS Bomba untuk mendapat rawatan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 5.59 petang.

"Tiga buah rumah telah terbakar 100 peratus manakala sebuah lagi terbakar 65 peratus," katanya di sini hari ini.

Katanya, kebakaran melibatkan rumah teres dua tingkat jenis separuh kekal dan dipercayai bermula dari tingkat atas bangunan.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Baru Lintang dan BBP Tabuan digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu memadam kebakaran,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »