BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas melecur dalam kebakaran di Bau


BAU: Lelaki warga emas cedera di bahagian lengan manakala  wanita warga emas  melecur di bahagian tengkuk dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah yang didiami lima penghuni di Jalan Juga Buso, di sini, petang ini.

Kedua-dua mereka mendapat rawatan awal dari Unit EMRS Bomba sebelum dihantar ke Hospital Bau bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.46 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

"Kebakaran memusnahkan 100 peratus struktur sebuah rumah satu tingkat jenis tidak kekal berkeluasan 20 x 36 kaki persegi itu.

"Turut terbakar sebuah motosikal jenis Honda musnah 100 peratus,"katanya di sini hari ini.

Katanya,kebakaran berjaya dikawal jam 4.05 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.02 petang.

"Punca dan nilai harta benda yang terbakar masih dalam siasatan,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »