BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas ditahan bersama kapal bawa minyak diesel



SIBU: Seorang warga emas berusia 61 tahun dicekup dalam serbuan melibatkan kapal yang membawa muatan minyak diesel di Sungai Rajang.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Sibu Asisten Komisioner Polis Shamsol Kassim dalam kenyataan berkata, suspek ditahan 
disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kapal yang membawa minyak diesel kira-kira 50,000 liter dirampas dalam operasi kia-kira jam 5 pagi Ahad lalu.
 
Menurutnya, dalam serbuan tersebut suspek gagal mengemukakan sebarang bukti dokumen yang sah berkaitan pemilikan dan kebenaran untuk menyimpan minyak tersebut.

"Kes diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, nilai rampasan dianggarkan bernilai RM189,700.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »