BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Warga emas 99 tahun hilang dijumpai selamat

BARIO: Seorang warga emas berusia 99 tahun dilaporkan hilang di Dataran Tinggi Bario telah dijumpai selamat. 

Balong Brouk @ Pun Karan telah dijumpai Oleh Pasukan SAR sekitar radius 2 kilometer daripada rumah beliau pada jam 1.25 petang tadi. 

Beliau dilaporkan dalam keadaan selamat

Balong, yang berasal dari Kampung Pa' Lungan Bario disedari hilang pada 25 Jun lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia Marudi berkata mangsa dilaporkan hilang pada 25 Jun lalu di Arur Ritan Pa Lungan pada 25 Jun lalu. 

"Operasi mencari mangsa telah dijalankan ATM, PDRM Bario, PDKB, Persatuan Bomba Sukarela Bario, Bomba Komuniti Pa’ Lungan dan Org awam (Penduduk Kampung berdekatan)," katanya.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »