BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wanita rugi RM36,800 ditipu sindiket pinjaman atas talian

KUCHING: Dua wanita terpaksa mengalami kerugian berjumlah RM36,800 ditipu sindiket pinjaman wang atas talian.

Mangsa berusia 25 tahun dari Kota Samarahan ditipu apabila tertarik dengan tawaran iklan  pinjaman wang  syarikat berkenaan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial(JSJK) Sarawak, Supt Maria Rasid berkata, suspek berjaya membuat 16 transaksi wang kepada empat akaun berlainan bernilai RM36,000 antara 31 Mei hingga 10 Jun 2020.

"Mangsa kedua berusia 22 tahun dari Padawan melaporkan dirinya turut membuat transaksi sebanyak RM800 setelah berurusan dengan sebuah syarikat di laman Facebook untuk membuat pinjaman wang RM10,000. 

"Mereka menyedari tertipu setelah suspek malah meminta bayaran tambahan namun wang pinjaman masih tidak diterima," katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu, sebanyak 162 kes penipuan pinjaman tidak wujud melibatkan kerugian melebihi RM1.6 juta dilaporkan berlaku pada tempoh 1 Januari hingga semalam(11 Jun) di Sarawak. 

Sebanyak 26 tangkapan berkaitan kes berjaya dilakukan dalam tempoh masa sama. 

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai masalah berkaitan untuk melaporkan menerusi WhatApp atau mesej ke Commercial Crime Investigation Department (CCID) infroline di talian 013-2111222.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »