BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wanita hilang dikhuatiri dibaham buaya di Beluran


BELURAN, 25 Jun (Bernama)-- Seorang wanita berusia 62 tahun dilaporkan hilang dikhuatiri dibaham buaya ketika sedang mandi di Sungai Sugut dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran Supt Kasim Muda berkata kehilangan mangsa, Peredot Kanon dari Kampung Banang Sugut, dilaporkan pada 9.36 malam semalam.

"Anak mangsa memberitahu telah menyaksikan kejadian seekor buaya dari arah ulu Sungai Sugut menyambar mangsa. 

"Saksi (anak mangsa) cuba untuk menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum balik untuk memaklumkan kejadian kepada bapanya," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Menurut Kasim, operasi mencari dan menyelamat di Sungai Sugut melibatkan pelbagai agensi penyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dari balai Beluran dan Angkatan Pertahanan Awam gagal menemukan mangsa sehingga 5.30 petang tadi.

Katanya, operasi itu disambung semula pada pukul 7 pagi esok.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »