BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wanita cedera dalam kemalangan kendiri

KANOWIT: Seorang wanita cedera setelah kereta dipandu terbabit dalam kemalangan kendiri lalu terbabas di tepi parit dihadapan sebuah rumah di Jalan Kanowit/Durin, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.09 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kanowit ke lokasi kejadian. 

"Mangsa wanita berusia 33 tahun yang memandu Perodua Myvi tersepit.Bagaimanapun,dia hanya mengalami kecederaan ringan pada kaki,"katanya di sini hari ini.
Katanya, mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi. 

"Pasukan Bomba bertindak memindahkan mangsa di tempat yang selamat dan membuat penstabilan dan pemeriksaan awal terhadap mangsa yang mana mangsa mengalami keadaan trauma dan sedar ketika dipindahkan,"ujarnya.

Katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak ambulana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »