BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wanita cedera dalam kebakaran di Kampung Bahagia Jaya



SIBU: Seorang wanita dewasa mengalami kecederaan pada kaki kanan ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah di Kampung Bahagia Jaya, di sini, petang ini.

Wanita terbabit dibawa ke hospital oleh orang awam sebelum ketibaan pihak Bomba.
 
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.28 petang.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis tidak kekal telah terbakar 80 peratus,"katanya di sini hari ini.
 
Katanya, seramai empat orang penghuni berjaya keluar dan menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran.

"Api telah berjaya dipadam sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 5.47 petang,"ujarnya.

Katanya, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah digerakkan lokasi kejadian.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »