BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Wajib kuarantin 14 hari, kecuali ada surat pelepasan KKM

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) memutuskan semua warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan dari luar negara yang telah dikuarantin di Semenanjung hendaklah menunjukkan Release Order dari KKM.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Douglas Uggah berkata, keputusan saringan COVID-19 hendaklah negatif sebelum masuk ke Sarawak.

Menurutnya, semua warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan dari luar negara yang belum di kuarantin di Semenanjung atau transit dari KLIA terus ke Sarawak, mereka akan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di hotel.

"Kos penginapan mereka akan ditanggung
sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak berkuatkuasa 1 Jun 2020," katanya pada sidang media hari ini.

Douglas berkata, semua warganegara yang akan masuk ke Sarawak sama ada melalui udara, darat dan laut termasuklah Penjawat Awam yang berada di Semenanjung, Sabah dan Labuan wajib melakukan ujian COVID-19 (PCR) di tempat / negeri masing-masing
tiga (3) hari sebelum mereka masuk ke Sarawak pada berkuatkuasa 9 Jun.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »