BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Vaksin rabies diperluas seluruh Sarawak


KUCHING: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) mempunyai 32,048 dos vaksin antirabies di bawah Program Penghapusan dan Kawalan Rabies di Sarawak pada tahun ini.

JPVS dalam kenyataan berkata, sehubungan operasi pemberian vaksin antirabies secara bergerak diperluaskan di seluruh negeri.

Menurutnya, orang harus mengambil peluang pemberian vaksin antirabies secara percuma kepada anjing mereka.

Katanya, pemberian vaksin secara berkumpulan akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Operasi vaksin dimulakan di beberapa buah kampung di Kapit dan Sarikei sejak 16 Jun lalu.

"Selain itu, program diteruskan di Lundu pada 22 hingga 27 Jun," katanya.

Beliau berkata, bagi program pemberian vaksin antirabies juga berlangsung di Serian bermula pada 22 hingga 27 Jun yang meliputi 45 rumah panjang.

“Selain itu operasi vaksin anjing juga melibatkan kawasan Matu, Mukah pada 23 hingga 25 Jun ini," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »