BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Uggah turun padang lawat tapak projek

SPAOH; Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan sumbangan tambahan RM3,000 setiap pintu kepada Rumah panjang Luban Ili hari ini.

Beliau, yang juga merupakan ADUN Bukit Saban berkata, Rumah panjang 33 pintu di DUN Bukit Saban tersebut menerima sumbangan keseluruhan sebanyak RM99,000 dari Kerajaan Negeri Sarawak.

Menurutnya, sumbangan berkenaan ialah bantuan baik pulih rumah dibawah peruntukan MRP-PPRMS Negeri Sarawak.

Uggah mengadakan lawatan ke tapak projek Spaoh dan kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Saban.

Tapak projek Spaoh yang dilawatinya ialah perparitan, benteng, tebingan Spaoh dan Stadium Spaoh.

Manakala tinjauan mesra di kawasan DUN Bukit Saban turut melibatkan Rumah Panjang Rapong bagi melihat sendiri tapak tanah yang digunakan penduduk di rumah panjang berkenaan mendirikan rumah panjang baru. 

Beliau kemudian ke Rumah Panjang Munggu Gemis melihat jalan semen dan peparitan yang sudah siap dibuat.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »