BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ubah logo Bersatu yang sah, perbuatan sabotaj PM


Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

KUALA LUMPUR : Mengubah warna merah logo parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang sah didaftarkan kepada hitam adalah perbuatan sabotaj dan tidak menghormati undang-undang negara.

Pengerusi Tetap Srikandi BERSATU, Roselinda Muamad berkata, warna lambang Bersatu yang sah didaftarkan menerusi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah merah bukan hitam.

"Persoalannya sekarang kenapa bertukar hitam? Jika bertukar hitam adakah sudah didaftarkan atau sudah diluluskan ROS kah?.

"Tetapi dalam isu ini seluruh ahli BERSATU jelas memahami ia merujuk kepada logo parti itu dan tindakan ini sengaja hendak sabotaj Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

"Muhyiddin adalah kerajaan yang dilantik secara rasmi oleh Yang di Pertuan Agong (YDPA)

"Jadi ini bermakna secara halus ahli yang menggunakan logo hitam itu mengkhianati YDPA," katanya kepada wartawan.

Penganalisis politik, Isham Jalil berkata, yang menyuruh warna merah logo ditukar hitam tu adalah Dr Mahathir yang berkata di mana-mana tukar pakai  warna hitam BERSATU sebagai tanda solidariti menentang Muhyiddin.

"Tun mengeluarkan arahan itu ketika dia sudah bukan lagi ahli BERSATU  Soalannya adakah tindakan Tun kerana marah di sebabkan beliau gugur keahlian BERSATU secara automatik mengikut Perlembagaan BERSATU?

"Yang pasti Tun telah memfitnah dan menghasut ahli-ahlu biasa BERSATU supaya membenci Muhyiddin.

"Kenapakah polis tidak tangkap Tun  semasa pemerintahan Tun? Inikan wartawan yang melaporkan perkara yang benar pun ditangkap atas tuduhan menyiarkan berita palsu dan menimbulkan kebimbangan, kegusaran dan kegentaran awam?," katanya.

Tambah beliau, Dr Mahathir sendiri yang isytihar keluar BERSATU kemudian masuk balik, beliau sendiri letak jawatan kemudian hingga sekarang nak balik jadi Perdana Menteri.

"Tun kata Muhyiddin adalah pengkhianat dan memfitnah kerajaan Muhyiddin adalah kerajaan pintu belakang (yang telah dilantik secara sah oleh Agong) tetapi sekarang Tun pula berusaha untuk menjatuhkan Perikatan Nasional dan nak  menubuhkan kerajaan pintu belakang.

"Jelas tindakan Tun sendiri mebgaku dia juga adalah pengkhianat. Sudah-sudah harap polis mengambil tindakan sebelum negara menjadi lebih kucar kacir dan huru hara," katanya.

Sebelum ini semua penganalisis politik dari beberapa universiti tempatan menyeru agar Dr Mahathir menghentikan hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri ke sembilan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »