BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Toyota Camry terbakar di Taman Seri Wangi

KUCHING:Sebuah kereta Toyota Camry terbakar di Lorong Menggeris 1,Taman Seri Wangi, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 8.36 malam dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Petra Jaya bergerak ke lokasi kejadian.

"Kereta berkenaan telah terbakar 60 peratus pada bahagian enjin dan dashboard,"katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun,katanya,kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. 

"Pasukan Bomba bertindak membuat pemadaman menggunakan hose reel dari jentera sehingga padam sepenuhnya,"ujarnya.

Katanya, operasi pemadaman ditamatkan jam 8.50 malam setelah keadaan terkawal sepenuhnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »