BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga kes baharu positif

KUCHING: Sarawak merekodkan tiga lagi kes baharu positif COVID-19 pada hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah berkata, kesemua kes tersebut
dilaporkan di Daerah Bintulu melibatkan sebuah keluarga hasil saringan dan
pengesanan kontak kepada kes Ke-557.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan
kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini adalah seramai 560 kes," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah berkata, tiada kes baharu yang telah sembuh dan discaj
dari hospital pada hari ini.

Menurutnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes postif
COVID-19 yang telah sembuh dan discaj setakat hari ini adalah kekal seramai
534 orang atau 95.36%.

"Seramai sembilan orang masih
menerima rawatan di hospital; di dalam wad isolasi dan jumlah kematian
kekal seramai 17 orang," katanya. 

Beliau berkata, seramai 195 PUI baru dilaporkan dan 14 kes masih menunggu ujian makmal.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »