BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiga anggota TLDM maut kemalangan

KUCHING:Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan tiga anggotanya maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Ranau – Kota Kinabalu, jam 1 tengah hari tadi.

Mereka yang maut ialah Laskar Kanan PAP Maslim Abdul Rahim,Laskar Kelas I TNL Mohamad Firdaus Mat Izan dan
Laskar Kelas I TMK Muhammad Arif Idris.

Anggota yang cedera ialah Laskar Kelas II TLR Vincent M.Orel.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Wilayah Laut 2,Pangkalan TLDM Sandakan dalam satu kenyataan petang ini menyatakan kesemua anggota yang terlibat nahas sedang dalam perjalanan ke Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Teluk Sepanggar dari Pangkalan TLDM Sandakan bagi melaksanakan tugas rasmi.

"Dalam kejadian tersebut, kenderaan jenis lori tiga tan milik TLDM telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan,"katanya.

Katanya,anggota yang mengalami kecederaan telah dibawa ke Hospital Ranau untuk mendapatkan rawatan.

"Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan,"jelasnya.

Panglima Tentera Laut menzahirkan rasa simpati dan ucapan takziah kepada ahli keluarga anggota yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »