BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada kes hari ini, 11 kes baharu sembuh

KUCHING: Sarawak mencatatkan 11 kes baharu yag tekah sembuh dan discaj dari hospital dilaporkan pada hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggas Embas berkata, daripada jumlah tersebut 11 kes tersebut ialah dari Hospital Umum Sarawak (10) dan Hospital Sibu (1). 

"Setakat hari ini, jumlah keseluruhan kes 
postif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj adalah seramai 519 orang atau 94.02%," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, Sarawak juga merekodkan tiada kes baharu positif COVID-19 dilaporkan hari ini. 


Menurutnya, keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak setakat hari ini kekal sebanyak 552 kes. 

Katanya, seramai 18 PUI baru dilaporkan dan seramai 18 kes masih menunggu ujian makmal.

"Perkembangan keputusan Aktiviti Pengesanan Secara Aktif (ACD) di Belawai,Tanjung Manis menunjukkan sebanyak 337 sampel diambil adalah negatif dan dua sampel masih menunggu ujian makmal," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »