BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tiada kes baru, Sarawak tetap berjaga-jaga

KUCHING: Lebih 700 pasukan memantau pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di seluruh Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Douglas Uggah berkata, mereka terdiri daripada PDRM 349 anggota diikuti Angkatan Tentera Malaysia (43), RELA (154), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (97), Pihak berkuasa tempatan (52), Kementerian Kesihatan Malaysia (4) dan Agensi Lain.

"Sehingga kini sebanyak 1,531 premis telah dipantau iaitu Pasaraya (283), 
Restoren (354), Kilang (22), Bank (166), Pejabat Kerajaan (78), Penjaja 
(25), Pasar Tani/Awam (91), Tempat Ibadah (86), Tempat Riadah (40), 
Tapak Pembinaan (34) dan lain-lain (635)," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, Daerah Samarahan telah bertukar status dari Kuning kepada Hijau 
setelah tiada kes baru COVID-19 dilaporkan di daerah tersebut dalam 
tempoh 14 hari dari kes terakhir.

"Ini menjadikan jumlah daerah berstatus 
Kuning setakat hari ini sebanyak 2 buah dan daerah berstatus Hijau sebanyak 38 buah," katanya.

Beliau berkata, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak setakat hari ini sebanyak 566 kes. 

Menurutnya, tiada kes baru yang telah sembuh dan discaj dari hospital hari ini.

"Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 535 orang atau 94.52%. Sebanyak 14 orang masih menerima rawatan di dalam wad isolasi hospital.

"Jumlah kematian kekal sebanyak 17 orang. Sebanyak 21 PUI baru dilaporkan dan 1 kes masih menunggu ujian makmal," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »