BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Terjun sungai diserbu main holo di Limbang

LIMBANG: Lima lelaki terjun ke dalam sungai Limbang setelah diserbu dalam Op Dadu Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Limbang ketika sedang bermain holo di jeti Kampung Baru Kuala Brawan, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam serbuan jam 2.15 petang itu, tiga lelaki berusia 
 berusia 23 hingga 33 tahun berjaya ditangkap manakala dua lagi berjaya meloloskan diri.

"Dua orang daripada mereka berenang ke hilir sungai Limbang dan gagal dikesan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya merampas tiga tin pengoncang jenis stainless steel, tiga biji dadu dan kain tertera gambar harimau, labu air, ayam, udang, ikan dan ketam.

"Turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM 33 dan seunit beg silang warna kelabu gelap,"ujarnya.

Kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Peraturan 3 Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »