BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Temui ajal ketika sukat tanah

BEKENU: Hasrat seorang lelaki yang menghidap penyakit jantung masuk ke hutan melakukan survei tanah berakhir dengan tragedi selepas rebah di kebun sawit di Kampung Kejapil, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu,
Jerry Renggie, 50, masuk ke hutan terbabit bersama seorang rakannya mengalami kesakitan bahagian dada sebelum pengsan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 11.51 pagi.

"Mangsa tidak boleh keluar dari kebun kerana laluan yang jauh dari jalan utama dan mengalami kesukaran berjalan.

"Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Miri digerakkan ke lokasi kejadian dengan kekuatan enam anggota bersama sebuah Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS),"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Menjelas lanjut,katanya,setibanya pasukan Bomba di lokasi kejadian mangsa didapati sudah tidak sedarkan diri. 

"Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan segera dari kawasan hutan dengan menggunakan pengusung melalui jarak 500 meter untuk keluar dari kawasan hutan itu.

"Mangsa seterus diserahkan kepada pihak pasukan perubatan dan disahkan telah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata,operasi itu ditamatkan pada jam 4.35 petang tadi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »