BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Temui ajal ketika cari siput

KUCHING: Seorang nelayan meninggal dunia ketika mencari siput di kawasan hutan paya Sungai Batu, Petra Jaya,petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Mohd Izwan Saugi, 26, dari Kampung Buntal, keluar mencari siput bersama dua lagi rakannya.

"Tiba-tiba mangsa rebah dan tidak sedarkan diri, sebaik dimaklumkan rakannya berhubung kes itu keluarga mangsa menghubungi pihak Bomba dan Penyelamat dan ambulans.

"Menurut ahli keluarganya mangsa mengidap penyakit sawan sejak kecil namun tiada rawatan pemulihan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS), mayat mangsa dihantar ke rumah mayat HUS untuk tindakan selanjutnya.

"Siasatan pihak polis tidak ada unsur jenayah dalam kejadian ini. Kes diklasifikasikan  sebagai Mati Mengejut (SDR),"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »