BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Taska dibenarkan beroperasi 9 Jun

Taska diberi kebenaran buka 9 Jun

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) mengumumkan kebenaran Taska beroperasi pada 9 Jun dengan menguatkuasakan SOP yang ketat.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN Datuk Douglas Uggah berkata, pihaknya juga sedang sedang memperhalusi SOP untuk pembukaan Taman-Taman Rekreasi, Kedai Gunting Rambut, Fitness Centre (Gymnasium Fitness Centre) dan Kedai Gambar.

Katanya, ianya akan diumumkan pada masa terdekat memandangkan graf kejadian kes di Sarawak menunjukkan penurunan
dan berterusan.

"Kita juga menghargai kerjasama dan sokongan daripada semua pihak
yang bersama-sama mematuhi SOP-SOP yang telah dikeluarkan oleh
kerajaan semasa perayaan Hari Raya dan Gawai," katanya pada sidang media harian COVID-19 hari ini.

Beliau berkata, sejumlah 45,710 Home Surveillance Order (Quarantine
Order) telah dikeluarkan dan sebanyak 35,640 telah tamat menjalani
Home Quarantine (Release Order) pada hari ini.

Katanya, seramai 10,070 Home Surveillance yang masih aktif.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »