BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tanah runtuh, tiang elektrik ancam pengguna jalan raya

PUSA: Hujan berterusan membuatkan tanah susur sehingga dua batang tiang elektrik hampir tumbang ke arah jalanraya.

Perkara itu disedari oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong yang membuat tinjauan banjir ke kawasan Pusa. 
Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK1 Henry Jugah yang berada di lokasi kejadian berkata dua tiang elektrik sudah condong. 

"Saya bersama PB Mohd Faizul Ali telah memantau sekitar Betong bagi melihat kawasan-kawasan terjejas namun ketika melalui jalan Pusa sekitar jam 10.50 pagi tadi dan tiba di kawasan rumah panjang Munggu Menggeris, kami melihat tiang elektrik yang condong ke arah jalan raya. 
"Terdapat kesan tanah runtuh di kawasan bukit tempat ia didirikan yang mungkin punca tiang itu hampir tumbang.

Pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong apabila dihubungi telah menghantar wakil ke lokasi. 


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »