BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Taman Perlindungan Semulajadi dibuka 8 Jun, kedai gunting 9 Jun


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini memutuskan beberapa buah Taman Perlindungan Semulajadi (Nature Reserve) iaitu Samajaya, Bukit Lima, Bukit Sembiling dan Piasau akan dibuka pada 8 Jun ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Douglas Uggah berkata, taman rekreasi berkenaan perlu memenuhi SOP yang telah dikeluarkan.

Menurutnya, bagi kedai gunting rambut (Barber Shop dan Hair Saloon) dibenarkan untuk beroperasi mulai 9 Jun ini.

"Ia hanya melibatkan aktiviti pengguntingan rambut (hair cutting ) sahaja," katanya.

Sementara itu, penjawat awam yang menghadiri mesyuarat di Semenanjung, Sabah dan Labuan  perlu mendapat surat pengesahan daripada Ketua Jabatan dimana didalam surat tersebut dinyatakan tarikh bertolak dan kembali.

"Bagi kedua-dua kumpulan ini mereka tidak akan dikenakan SOP untuk
warganegara yang masuk ke Sarawak.

"Walaubagaimanapun, semua pegawai dikehendaki untuk mengambil
langkah-langkah penjagaan kesihatan yang tinggi sebelum, semasa
dan selepas urusan mereka," katanya.

Manakala, semua rakyat Sarawak yang terkandas di Semenanjung, Sabah dan Labuan dan tidak dapat mengambil sampel atas sebab tertentu mereka dibenarkan balik ke Sarawak.

Bagaimanapun mereka perlu mengambil sampel di Sarawak dan kos pengambilan sampel tersebut akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »