BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tahap pematuhan SOP sangat baik, Uggah

KUCHING, 28 Jun: Pusat beli belah di negeri ini dinasihatkan ada menjual topeng muka kepada pelanggan sekiranya mewajibkan mereka memakainya sebelum dibenarkan memasuki premis terbabit.

Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata malahan ada premis perniagaan di pusat beli belah di bandar raya ini juga mewajibkan pelanggan mereka memakai topeng muka.

"Kami menasihatkan pihak pengurusan (pusat beli belah di negeri ini ) bersedia menjual topeng muka, mungkin dia (pelanggan) bergegas dari rumah dan lupa membawa topeng muka,"katanya selepas bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian menyaksikan implementasi COVIDTrace di pusat beli belah Aeon Mall, di sini, hari ini.

Uggah berkata ini kerana pemakaian topeng muka boleh membantu mencegah penularan jangkitan COVID-19 dan pihaknya berpuas hati dengan sikap orang ramai di negeri ini yang mematuhi nasihat supaya memakai topeng muka di pusat beli belah.

"Saya boleh katakan hampir 100 peratus (orang ramai) memakai topeng muka, walaupun kita belum lagi ada memberi perintah wajib memakai topeng muka," katanya.

Selain itu, dari lawatan terbabit pihaknya cukup berpuas hati dengan pematuhan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) di Aeon Mall termasuk perlaksanaan perisian COVIDTrace yang ada diletakkan di semua premis perniagaan dalam pusat beli belah itu.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »