BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Tadika belum dibenarkan beroperasi


KUCHING, 4 Mei: Sarawak masih belum membenarkan taman didikan kanak-kanak (tadika) beroperasi semula di negeri ini dan hanya membenarkan taman asuhan kanak-kanak (taska) beroperasi semula mulai 9 Jun depan selepas keduanya ditutup akibat Covid-19.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian bagi menjelaskan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) membenarkan taska di negeri ini beroperasi semula mulai 9 Jun depan.

"JPBNS telah bersetuju cadangan kita bagi membuka semula taska sahaja di Sarawak bermula 9 Jun, tadika belum,"katanya ketika majlis penyampaian Geran Tahunan Khas (GTK) di Wisma Kebajikan, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Fatimah berkata pihaknya sudah menyediakan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi taska beroperasi semula di negeri ini termasuk melakukan kerja sanitasi di premis, menjarakkan tempat duduk kanak-kanak, tiada aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

"Bagi topeng muka pula, kanak-kanak di taska tidak diwajibkan memakai topeng muka hanya golongan dewasa termasuk guru dan ibu bapa mereka,"katanya dengan guru dan ibu bapa juga perlu mengisi borang mengistiharkan kesihatan mereka.
 
Menurutnya sehingga 31 Mei lepas terdapat sejumlah 3,113 taska dan tadika di Sarawak iaitu sebanyak 236 taska dan 2, 877 tadika dan selepas ini pihaknya akan menyediakan pula SOP bagi pembukaan tadika.

Selain itu, beliau juga mendedahkan Sebanyak 2, 853 taska dan tadika terbabit telah membuat permohonan untuk mendapatkan Geran Tahunan Khas (GTK) dan sebanyak 2, 791 taska dan tadika terbabit telah diluluskan pembayarannya.

Fatimah berkata kerajaan Sarawak meluluskan sebanyak RM16 juta bagi memberikan GTK sebanyak RM5,000 kepada taska dan tadika di negeri ini bagi menyediakan pemakanan seimbang, fun learning, pembangunan profesionalisame pendidik dan pengasuh.

Berikutan penutupan taska dan tadika akibat Covid-19, kerajaan Sarawak meluluskan bagi geran itu digunakan taska dan tadika untuk membayar sewa, membayar gaji guru dan kakitangan serta membantu pembelian barangan pembersihan dan sanitasi.




Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »