BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Syarat baharu rentas Brunei

KUCHING: Pemohonan bagi rentas (transit) bagi perjalanan darat melalui Negara Brunei Darussalam perlu di emel kepada transit@immigration.gov.bn.

Jabatan Imigresen Brunei Darussalam dalam kenyataan berkata, borang baharu bagi permohonan rentas (transit) hendaklah disertakan bersama dengan salinan pasport, kebenaran dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) atau Sarawak Disaster Management Committee. 

Sebelum ini Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS)
 Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, semua warganegara Malaysia dibenarkan untuk melakukan perjalanan merentasi negeri ke Sarawak dan merentasi daerah dalam Sarawak.

 Menurutnya, ia selaras dengan pengumuman kerajaan persekutuan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang bermula 10 Jun hingga 31 Ogos.

"Sebelum ini di Sarawak, rentas daerah perlu mendapatkan kebenaran polis dan begitu juga (rentas) negeri, di mana mereka yang dari Kuala Lumpur ke Kuching perlu mendapatkan kebenaran polis dan jawatankuasa.

"Namun mulai esok, semua warganegara Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Labuan boleh ke Sarawak. Begitu juga kalau anda mahu pergi dari Kuching ke Samarahan atau Serian atau tempat lain juga dibenarkan tanpa memerlukan kebenaran," katanya.

Uggah berkata bagaimanapun, mereka yang dari Semenanjung, Sabah dan Labuan perlu mematuhi SOP iaitu diwajibkan untuk memuat naik aplikasi MySejahtera, dan mengisi borang deklarasi kesihatan.

Selain itu, pelawat juga akan diambil sampel PCR secara rambang setelah tiba di pintu masuk utama negeri sama ada melalui udara, darat atau laut) dan dinasihatkan untuk memuat turun COVID Trace Sarawak dan Qmunity.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »