BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Superman diarah berkelakuan baik dua tahun

PADAWAN: Padah menunggang motosikal membahayakan orang awam dan menunggang dengan melakukan aksi ala Superman, seorang remaja dijatuhkan hukuman bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan mahkamah RM1,000 dan ibu bapa sebagai penjamin oleh Mahkamah Majistret Kuching hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, tertuduh berusia 18 tahun itu melakukan kesalahan berkenaan pada tahun lalu.

"Remaja itu ditahan pada 24 Ogos tahun lalu lebih kurang jam 11 malam di Jalan FAC Matang.

"Dia menunggang motosikal secara berbahaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, remaja itu melakukan kesalahan memandu secara merbahaya kepada orang awam di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »