BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Suami isteri dicekup, pokok ganja dalam pasu



KUCHING: Suami isteri dicekup menanam pokok ganja dalam pasu di rumah mereka di Kampung Paya Mebi, Landeh.

Hasil serbuan dilakukan a Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Dadah (BSJND) Padawan sekitar jam 3.10 petang menemukan pasu bunga yang ditanam pokok ganja ketinggian kira-kira lapan sentimeter di tingkat dua rumah suspek.

Suspek masing-masing berusia 44 dan 35 tahun kebetulan berada di dalam rumah ditahan untuk siasatan lanjut.

Bagaimanapun dalam serbuan tersebut anggota polis tidak pokok ganja yang lain di rumah suspek.

Ketua Polis Daerah Padawan, Supt Aidil Bolhassan dalam kenyataan berkata, berdasarkan siasatan suspek membawa balik pokok ganja ditemui di lorong 2, Kampung Paya Mebi serta menanam selama hampir tiga minggu.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6B ADB 1952.

Jelasnya, suspek lelaki mempunyai dua kes jenayah dadah lampau di bawah Seksyen12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »