BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Stor penyimpanan kayu di Batu Kawa terbakar

KUCHING: Stor penyimpanan kayu di tapak pembinaan Jalan Rin Hussien Onn, MJC Batu Kawa,di sini,terbakar awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 4.02 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan stor jenis struktur tidak kekal bagi penyimpanan kayu berukuran 10 kaki x 30 kaki telah terbakar.

"Stor tersebut menyimpan kayu dan papan untuk pembinaan longkang dan parit di kawasan tapak pembinaan berkenaan di MJC,"katanya di sini hari ini.
Katanya,kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa. 

"Pasukan pemadaman membuat tindakan pemadaman melalui hose reel dari jentera dan memohon bantuan dari balai berdekatan. 

"Lokasi tapak pembinaan yang berada jauh dari pili bomba terdekat menyukarkan operasi pemadaman,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »