BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Stadium Negeri sudah disanitasi

KUCHING: Pasukan Kuching FA telah mendapat kelulusan dari Malaysia Football League (MFL) untuk menjalani latihan selepas keputusan Ujian Calitan (Swab test) Covid-19 diketahui minggu lepas.

Semua pemain & jurulatih telah disahkan negatif.
Proses sanitasi telah dilakukan semalam di sekitar Stadium Negeri yang menjadi venue latihan untuk pasukan Kuching FA. 

Papan tanda peringatan telah dilekat di sekitar kawasan latihan bagi memenuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MFL sebelum venue boleh digunakan untuk latihan.
Jurulatih Kuching FA Mohd Sharizan Sahari dilaporkan berkata, skuad Kuchingi dijangka akan memulakan sesi latihan di padang dalam masa terdekat ini.

Beliau turut berkongsi rasa teruja untuk melatih pemain setelah tiga bulan berhenti daripada melakukan sebarang latihan di padang bersama pasukan.
"Rasa takut, bimbang dan berhati-hati masih terasa semasa memulakan sesi latihan kelak kerana negara kita belum bebas sepenuhnya daripada wabak Covid-19 ini.

"Cuma sekarang ini kita akan ikut saranan kerajaan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard(SOP) yang telah ditetapkan oleh MFL," katanya.

MFL telah menangguhkan segala perlawanan Liga Malaysia sejak 16 Mac lepas dan kini mula membenarkan semula pasukan yang mengikuti Liga Malaysia untuk berlatih bersama.

Bagaimanapun, penyambungan semula Liga Super dan Liga Premier masih menjadi persoalan kerana sebelum ini Liga M3, Piala Presiden dan Piala Belia dibatalkan.

Foto KUCHING FA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »