BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SPRM tahan staff Jabatan Agama minta RM130,000

JOHOR BAHRU, 16 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Segamat menahan seorang penolong pegawai hal ehwal Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) hari ini kerana disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah lebih RM130,000.

Wanita berusia 37 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor, kira-kira pukul 3 petang tadi bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, siasatan mendapati suspek meminta dan menerima wang rasuah daripada beberapa orang kontraktor sebagai balasan kerana mendapatkan kerja-kerja bekalan di JAINJ.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun jika sabit kesalahan.

Pengarah SPRM negeri Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »