BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

SPRM tahan ASP, Sarjan

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak menangkap dua anggota polis malam tadi kerana meminta dan wang rasuah RM10,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap suspek kes dadah.

Menurut SPRM, kedua-dua anggota polis tersebut - Penolong Penguasa Polis (ASP) 47 tahun dan seorang sarjan berusia 42 tahun, ditangkap sekitar jam 10 malam Jumaat di pejabat SPRM Sarawak setelah disoal siasat.

Majistret Mohd Shukri Mokhtar memberikan reman lima hari untuk kedua-dua suspek mulai hari ini untuk membantu siasatan. 

Menurut SPRM, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 kerana Meminta/ Menerima Suapan (Rasuah). 

Sekiranya didapati bersalah, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang dari 10 kali nilai suapan atau RM1 juta, mana yang lebih tinggi, atau penjara sehingga 20 tahun, atau kedua-duanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »