BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sokong Anwar Ibrahim Perdana Menteri, PKR Sarawak

KUCHING, 19 Jun: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak memberi sokongan penuh kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu untuk menamakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri seterusnya.

Ketua Penerangan dan Komunikasi PKR Sarawak, Abun Sui Anyit berkata demikian dan pihaknya yakin MPP akan membuat keputusan terbaik bagi parti terbabit dan berpegang kepada semangat setiakawan Pakatan Harapan (PH).

"Berkaitan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan Plus, PKR Sarawak memberi sokongan penuh kepada kepimpinan utama parti untuk berpegang kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan sebelum ini yang menamakan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri seterusnya,"katanya dalam kenyataan media parti itu.

Abun berkata PKR Sarawak berkata pihaknya yakin MPP parti itu juga akan mengambil kira kepentingan dan pendirian Sarawak dalam membuat keputusan besar yang memberi kesan kepada semua negeri di Malaysia.

" PKR Sarawak mempunyai wakil di dalam MPP yang pasti membawa suara Sarawak di dalam majlis tersebut,"katanya dan pihaknya ambil maklum perkembangan terbaru dalan pimpinan PH.

Beliau berkata PKR sebagai parti nasional yang mewakili semua kelompok bangsa dan agama serta mempunyai 222 cabang di seluruh negara.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »