BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Singapura bubarkan Parlimen



SINGAPURA, 23 Jun  (Bernama)-- Singapura hari ini membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum pada 10 Julai ini dengan Perdana Menterinya Lee Hsien Loong berkata negara itu boleh melaksanakan “pilihan raya yang teratur dan selamat” berikutan situasi COVID-19 yang sudah agak stabil.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 30 Jun, demikian menurut Jabatan Pilihan Raya.

Presiden Singapura Halimah Yacob, atas nasihat Lee, membubarkan Parlimen dan mengeluarkan writ pilihan raya.


-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »