BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Siapa komunis moden?


Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengemukakan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Mohd Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming.

Bagaimanapun mengikut kenyataan Nga tindakan Muhyiddin di luar kebiasaan amalan parlimen kerana ini adalah kali pertama perdana menteri mencadangkan untuk menyingkirkan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Liew Vui Keong pula menyifatkan usaha Muhyiddin untuk menyingkirkan speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat bagi mengelak usul undi tidak percaya terhadapnya dibentangkan.

Kedua-dua kenyataan itu menunjukkan satu lagi bagaimana agenda parti DAP dan Pakatan Harapan (PH) menghasut rakyat dan memfitnah Muhyiddin.

Malah jelas ia berita palsu dan boleh diambil tindakan undang-undang.

Apa dan dimana yang salahnya memberi usul sedangkan PH juga mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Pembaca dikelirukan, dihasut dengan fitnah kononnya Muhyiddin salah guna kuasa Perdana Menteri untuk menukar speaker.

Sedangkan Muhyiddin tidak menukar speaker hanya mengusulkan cadangan sahaja.

Terserahlah kepada Ahli Parlimen untuk menerima bersetuju atau tidak.

Speaker ditukar atau tidak, tidak ada kena mengena dengan Muhyiddin.

Tetapi dilaporkan seolah-olah Muhyiddin telah tukar speaker.

Sedangkan Parlimen dijangka bersidang 13 Julai depan, sehingga itu speaker sedia ada masih lagi speaker sehingga ditentukan ketika sidang Parlimen tersebut.

Untuk pengetahuan umum, sesiapa sahaja termasuk semua Ahli Parlimen boleh mengemukakan apa-apa usul sebab itulah antara caranya sebagai wakil  rakyat menyampaikan apa yang rakyat mahukan.

Peperangan DAP ini jauh lebih komunis daripada komunis yang telah dibubar dan diharamkan, kerana menggunakan hasutan fitnah manipulasi ideologi dan persepsi.

Sebagaimana kata pemimpin komunis dahulu, 'kita telah meletak senjata tetapi kita akan berada dimana-mana  di semua bandar dan berperang dengan tidak menggunakan senjata'.

Inilah yang sedang berlaku sekarang dan lebih merbahaya daripada militan, ekstrimis dan pengganas agama.

Jelas maksudnya kenapa mereka beriya-iya benar hendak memansuhkan undang-undang Akta Hasutan 1948 dan fitnah.

Sebagai panduan kepada orang awam, sesiapa yang menyokong mendesak hendak supaya Akta Hasutan dihapuskan, itulah antara ciri nak kenal komunis moden.

*Penulis merupakan wartawan bebas yang pernah memenangi anugerah di peringkat Kebangsaan. 

Tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Gago Daily. 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »