BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Aktiviti ziarah kubur dibenarkan


KUCHING: Semua aktiviti ziarah pusara adalah dibenarkan di semua tanah pusara
(perkuburan) Islam di seluruh negeri Sarawak.

Sehubungan itu, Jabatan Agama Islam Sarawak mengeluarkan garis panduan untuk dilaksanakan dalam Negeri Sarawak selaras dengan ketetapan semasa Majlis Islam Sarawak.

JAIS dalam kenyataan berkata, sepanjang aktiviti ziarah, mana-mana individu yang hadir hendaklah membuat kawalan kendiri dengan menjaga penjarakan sosial (1 meter).

"Selain itu, perlu amenggunakan penutup muka dan hidung (mask), sentiasa mencuci tangan menggunakan hand sanitizer, mengambil berat aspek kebersihan semasa berada tapak pusara; dan tidak bersalaman semasa berada tapak pusara," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, tempoh ziarah satu (1) pusara hendaklah tidak melebihi tempoh 20 minit.

Menurutnya, ziarah satu (1) pusara hendaklah tidak melebihi bilangan kehadiran seramai 5 orang ahli waris atau keluarga terdekat sahaja. (disarankan membuat  penggiliran sekiranya lebih daripada 5 orang).
"Dalam keadaan tapak pusara terlalu sesak dan penjarakkan sosial tidak
dapat dipatuhi, dinasihatkan agar mereka yang baharu tiba menunggu sehingga mana-mana keluarga yang telah berada awal untuk beredar terlebih  
dahulu," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »