BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sembilan kampung di Daerah Bau dapat elektrik 24 jam

BAU: Sembilan kampung di daerah Bau akan menikmati bekalan elektrik 24 jam menerusi inisiatif Dana permohonan Lewat atau Tambahan (ALAF).

Projek fasa 1 ini akan memanfaatkan 66 keluarga dari Kpg Melayu Bau,
Kpg Skiat Baru, Taiton/Lubang Angin, Kpg Suba Buan, Kpg Segobang, Kpg Podam, Kpg Merembeh, Bau Lama dan Kpg Siniawan Baru.

Bercakap bagi daerah Bau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep berkata, projek ini meliputi pendudk di kawasan DUN Batu Kitang, Serembu, Opar dan Parlimen Mas Gading.

“Kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan untuk melaksanakan projek ini menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB)”

“Kita berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memperkenal ALAF, satu inisiatif melalui Kementerian Utiliti untuk membantu pemilik rumah yang layak mendapat penyambungan elektrik ke rumah,” katanya hantaran di Facebook rasmi Dato Henry Jinep’s Page at N2 Tasik Biru baru-baru ini.

Henry Jinep menambah, sebelum ini Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.3 bilion untuk melaksanakan penyambungan elektrik ke rumah melalui ALAF di seluruh negeri.
“Kira-kira 1,800 pemohon di daerah Bau masih menunggu penyambungan bekalan elektrik ke rumah dan daripada jumlah itu 66 sudah diluluskan.”

“Kita berharap lebih banyak permohonan diluluskan pada masa akan datang,” ujar Henry Jinep.

Beliau berterima kasih kepada SEB kerana bertindak pantas memandangkan terdapat kes permohonan dari daerah itu sebelum ini terpaksa menunggu antara tiga hingga tujuh tahun untuk penyambungan elektrik ke rumah.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »