BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sektor ekonomi dibuka termasuk perkhidmatan 24 jam


KUCHING: Jawatankuasa  Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) mengumumkan semua sektor ekonomi termasuk perkhidmatan 24 jam dibenarkan beroperasi semula.

Perkhidmatan 24 jam termasuk stesen minyak, 7 Eleven, KFC, Mc Donalds dan semua kedai makan yang beroperasi 24 jam.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JPBN  Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagaimanaun berkata, pihak pengurusan harus mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Katanya, ibu bapa juga tidak digalak membaawa kanak-kanak mengunjungi kedai makan atau kopitiam.

"Kanak-kanak berusia enam tahun ke atas juga tidak digalak untuk menjaga keselamatan mereka.

"Kami memutuskan pembukaan ekonomi kerana kes positif COVID-19 didapati semakin menurun," katanya pada sidang media hari ini.

Uggah berkata, pihaknya juga memutuskan semua aktiviti rumah ibadat bukan Islam dibenarkan bermula 20 Jun ini.

Menurutya, semua pihak harus mematuhi SOP serta harus panduan aktiviti di rumah ibadat.

Katanya, rakyat dinasihatkan supaya mengikut SOP yang ditetapkan selepas berapa aktiviti ekonomi sosial telah dibenarkan beroperasi.

"Kita berharap rakyat dapat memberi kerjasama sepenuhnya, namun jika dilihat daripada apa yang telah kita lakukan sepanjang tiga bulan lepas, ia telah membuahkan hasil," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »