BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sekolah di Kuching patuhi garis panduan

KUCHING:Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)Kuching melakukan pemantauan bagi memastikan sekolah di sekitar bandaraya Kuching yang memulakan persekolahan hari ini mematuhi garis panduan pengurusan sekolah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP) COVID-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia . 

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, semua sekolah yang mempunyai pelajar tingkatan lima dan enam dibuka semula setelah lebih tiga bulan ditutup.

 "IPD Kuching mengambil langkah dengan membuat pemantauan untuk memastikan setiap sekolah mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. 

"Beberapa pegawai Kanan IPD Kuching yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Sekolah yang dilantik turut membuat pemantauan di 34 sekolah di sekitar daerah Kuching,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, hasil pemantauan mendapati sekolah - sekolah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. 

"Pemeriksaan suhu badan bagi guru , murid dan pekerja yang hadir di sekolah telah dilakukan di depan pintu masuk sekolah - sekolah. 
"Penggunaan pelitup muka dan sanitizer oleh guru , murid dan pekerja juga dipatuhi termasuk penjarakan satu meter antara meja juga dilaksanakan di setiap kelas yang terlibat,"katanya.

Beliau berkata,purata murid setiap kelas adalah seramai 16 hingga 18 orang. 

"Sepanjang pemantauan dijalankan kita menasihatkan semua guru , murid dan pekerja sentiasa mengamalkan penjarakan satu meter dan mematuhi setiap garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak polis dari semasa ke semasa.

"Saya sendiri turun padang memantau SOP di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang jam 6.45 pagi tadi.

"Kita membuat tinjauan ke kelas - kelas untuk melihat sendiri aktiviti dan keadaan semasa di semua kelas.Antara lokasi dilawati ialah pintu pagar utama masuk ke sekolah utk pemeriksaan suhu badan , bilik isolasi, pejabat guru dan lokasi pemeriksaan suhu guru dan staf, bilik kelas tingkatan lima dan enam,"katanya.

Katanya,dewan sekolah disediakan utk kes kontinjensi sekiranya cuaca hujan dan murid akan dikumpulkan mengikut SOP penjarakan sosial utk pemeriksaan suhu sebelum masuk ke kelas.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »