BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Sekatan Jalan Raya ditarik balik

KUCHING: Permit rentas daerah dan Sekatan Jalan Raya (SJR) ditarik balik, berkuat kuasa mulai esok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) hari ini mengumumkan semua warganegara Malaysia dibenarkan merentas negeri ke 
Sarawak dan rentas Daerah dalam Sarawak berkuat kuasa esok.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, aktiviti rentas daerah kini tidak lagi memerlukan permit selepas pengumuman oleh jawatankuasa hari ini.

Bagaimanapun katanya, Sekatan Jalan Raya (SJR) diperketatkan di laluan pintu sempadan bagi memastikan tiada aktiviti kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negeri ini. 

Menurutnya, pasukan khas pemantau bagaimanapun akan tetap dilaksanakan di seluruh negeri bagi memastikan aktiviti masih tidak dibenarkan mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) dikeluarkan JPBNS. 

Sementara itu, JPBNS dalam kenyataan melaporkan sebanyak 3,619 jumlah permohonan pergerakan antara daerah telah diterima oleh 28 buah Ibu Pejabat Daerah Polis Diraja Malaysia seluruh Sarawak, hari ini. 

Pasukan petugas pematuhan turut memantau sebanyak 1,899 lokas iaitu pasar raya (318), restoran (395), kilang(24), bank (193), pejabat kerajaan (63), penjaja (24), pasar tani (165), tempat ibadah (101), tempat riadah (183), tapak pembinaan (15) dan lain-lain (760).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »