BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Segerakan projek atasi banjir RM30 juta


DEBAK: ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam berharap pihak yang diamanahkan untuk mengurus pelaksanaan kerja-kerja bagi mengatasi masalah banjir di kawasannya mengambil tindakan segera.

Ini kerana permohonannya untuk menyegerakan kerja-kerja dalam menangani masalah banjir kilat di Debak telah diluluskan Kerajaan Sarawak dengan nilai RM30 juta.

Katanya, Ketua Menteri Abang Johari Tun Openg telah bersetuju meluluskan peruntukan bagi mengatasi masalah yang sering berulang iaitu banjir kilat yang meresahkan penduduk.

"Abang Johari telah bersetuju dengan proposal yang dikemukakan bagi menangani banjir di Debak yang sering berulang.
"Dalam pada itu, sejumlah RM2.6 juta diluluskan untuk kerja-kerja awal pihak Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS) untuk melakukan kajian di peringkat bawah termasuk pelantikan konsultan bagi tujuan tersebut," katanya.

Kelulusan tentang permohonan itu telah dimaklumkan oleh pihak Unit Perancangan Ekonomi(EPU) Sarawak yang menghubungi beliau di sini.

Beliau yang hadir ketika lawatan ke kampung-kampung terjejas akibat banjir berulang dalam tempoh seminggu yang merisaukan penduduk.

Beliau juga berkesempatan mendengar luahan dan beberapa cadangan penduduk kampung.

Terdahulu beliau telah menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran(JPS), Pegawai Daerah Betong dan Majlis Daerah Betong(MDB) di Pejabat Daerah Debak.

Dalam pada itu beberapa perkara turut diambil perhatian iaitu jalanraya dan pembentung yang rosak akibat rempuhan air deras semasa banjir di Kampung Lalang akan dibaikpulih segera oleh pihak MDB.

Masalah banjir di kampung-kampung lain seperti kampung Bungin, Serembang dan Mangut yang turut dinaiki air akibat hujan lebat baru-baru ini juga akan diberi perhatian.

Pihak JPS dan JKR akan menggunakan sumber yang ada untuk melaksanakan kerja-kerja menambah baik sistem perparitan dan aliran air selepas berbincang bersama ketua masyarakat setempat.

Ianya termasuk kelulusan RM200,000 bagi membina pengimbang pembentung di sepanjang jalan Bungin/Mangut untuk keseimbangan aliran air dari sebelah darat kampung.

Selain itu juga sebahagian kerja-kerja menaiktaraf sistem perparitan di dalam kampung berkenaan di bawah program Transformasi Luar Bandar(RTP) tahun 2020 juga akan dijalankan.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »